Thursday, September 11, 2008

entah la......

Kadang kala, melihatkan keadaan isu politik semasa sekarang ini, kita akan lihat macam mana api @ semangat perkauman dibangkitkan. Isu seperti agama, hak keistimewaan bumiputera dan lain-lain terus saja menjadi perbualan utama. Macam mana la benda macam ini boleh berlaku secara bertubi-tubi semenjak dua ini?

Perkara mcam ini selalunya berlaku kerana ada pihak yang cuba menaguk di air keruh, dimana isu seperti ini dapat memberi kelebihan yang ingin diperolehi oleh mereka. Gelaran @ panggilan seperti pembela bangsa dan pejuang agama serta penegak keadilan @ pejuang kebebasan itu kadang-kadang dapat membantu mereka mencapai cita-cita mereka ini.

Tapi sewajarnya kita rakyat malaysia dan orang melayu muslim terutamanya bersikap matang dan harus mampu mengawal emosi tatkala membicarakan isu seperti ini. Dalam isu agama, seharusnya perkara ini tidak dibicarakan atau pun disentuh kerana perkara melibatkan agama seperti ini telah termaktub didalam perlembagan persekutuan yang mana ianya dibawah kuasa Sultan-sultan melayu (kuasa kerajaan negeri) sebagai ketua agama islam (sebagai pentadbir).

Jadi sebagai rakyat Malaysia yang sepatutnya berpegang pada prinsip keluhuran perlembagaan dan kedaulatan undang-undang, adalah patut bagi yang bukan muslim TIDAK membicarakan langsung atas kerana mereka ini bukan pihak yang kena mengena. Jika isu seperti menukar agama sekarang ini menjadi isu, maka haruslah disedari bahawa TIADA sesiapa pun di Malaysia ini DIPAKSA memeluk Islam melainkan mereka yang telah lahir sejak azali sebagi muslim. Jadi haruslah mereka ini sedar tentang kesan yang berlaku apabila mereka ingin memeluk islam dan sememang nya terdapat badan kebjikan dan kerajaan yang akan membimbing mereka yang ingin memeluk serta memahami islam. Disinilah sepatut nya peranan kerajaan dalam menerangkan tentang isu seperti Artikel 121 (A) agar tidak berlaku lagi perkara-perkara berbangkit. Haruslah di ingat Islam itu bukan lah agama yang boleh dipermainkan dimana seseorang itu boleh memilih pegangan Islam jika ia mahu hari ini dan esok ditinggal jika merasa tidak suka lagi. Hormatilah agama mereka yang lain jika anda ingin agama anda sendiri dihormati.

Dan sememangnya dari awal lagi kerajaan sudah sepatutnya meminda @ mewujudkan 1 rang undang-undang mengenai MURTAD agar kesucian Islam itu dapat dipelihara.Segala diskusi yang sedang berjalan sekarang ini mengenai artikel 121 (A) sepatut nya berlangsung secara tutup melibatkan kumpulan tertentu agar ianya tidak menjurus kepada perasaan tidak puas hati bagi mana-mana pihak. Kerajaan juga harus tegas dalam memastikan Perlembagaan Malaysia ini dihormati dan dipatuhi.

Hal seperti keistimewaan bumiputera, haruslah disedari bahawa perkara ini sebenarnya telah diperstujui oleh semua pihak atau rakyat Malaysia @ Tanah Melayu pada masa ia dirangka. Keadilan bermaksud meletakkan sesuatu itu pada tempat yang sepatutnya, maka atas nama keadilan jugalah mengapa hak bumiputera itu diwujudkan dan diberi pada kaum peribumi, kerana dengan memberi hak warga negara pada mereka yang bukannya asal peribumi di Tanah Melayu pada masa itu( Jus soli ) maka kerajaan dan rakyat pada masa itu bersetuju untuk memastikan adil pada kaum peribumi, maka wujudlah hak keistimewaan bumiputera itu.

Jadi bagaimana mungkin ada pihak ingin mengatakan mereka berjuang demi keadilan jika adil itu tidak lagi dilakukan seperti mana maksud sebenarnya? Fikirkanlah dengan fikiran yang tenang dan rasional.

Monday, September 8, 2008

Dah Puasa Dah.

Bulan Ramadhan ni memang bulan favourite aku. Bulan ni selalulanya buat aku flashback kisah kecik2 dulu. Macam mn aku cari duit dengan tolong orang niaga, mak & bapak aku niaga. Bulan ni jugak lah aku dapat kebebasan untuk balik rumah lambat waktu kecik2 dulu dengan alasan aku tolong basuh pinggan mangkuk kat surau pas moreh ( mmg betul pun). Hehehehehe, waktu ni lah dapat can nak main mercun ke , dan yang extreme skit main nyorok2. Hehehehe, memang x jumpe nye kalo dah main malam2.

Bila dah besar ni lak, bulan ni lah masanya nak kene blajar tambah skit ibadat, wat ala tarawih, kedian dapat jugak lah sempurna kewajipan 5 waktu, kut x ade je waktu yg terlepas ( ada masa nya lalai gak aku ni).

Tapi yang x best semenjak keje ni aku dah mula kene terima adat ada masa nye aku akan raye kat rumah, ada masenye aku raya kat kapal ni. Huhuhu sedih tul 1st time aku raya kat kapal ni. Maklumlah x penah raya jauh dari family kan. Tahun lepas dapat raya ngan family, tapi tahun ni kene la aku raya kat kapal balik. Hmm sedih lak nk sambut raya tahun ni. Huhuhuhu.

Tapi pe2 pun aku ucapkan selamat hari raya pada korang semua kat luar 2 yang sudi baca blog aku ni. Mintak ampun dan maaf kalau ada tersalah kata @ bahasa. Selamat hari raya, maaf zahir dan batin.