Thursday, September 11, 2008

entah la......

Kadang kala, melihatkan keadaan isu politik semasa sekarang ini, kita akan lihat macam mana api @ semangat perkauman dibangkitkan. Isu seperti agama, hak keistimewaan bumiputera dan lain-lain terus saja menjadi perbualan utama. Macam mana la benda macam ini boleh berlaku secara bertubi-tubi semenjak dua ini?

Perkara mcam ini selalunya berlaku kerana ada pihak yang cuba menaguk di air keruh, dimana isu seperti ini dapat memberi kelebihan yang ingin diperolehi oleh mereka. Gelaran @ panggilan seperti pembela bangsa dan pejuang agama serta penegak keadilan @ pejuang kebebasan itu kadang-kadang dapat membantu mereka mencapai cita-cita mereka ini.

Tapi sewajarnya kita rakyat malaysia dan orang melayu muslim terutamanya bersikap matang dan harus mampu mengawal emosi tatkala membicarakan isu seperti ini. Dalam isu agama, seharusnya perkara ini tidak dibicarakan atau pun disentuh kerana perkara melibatkan agama seperti ini telah termaktub didalam perlembagan persekutuan yang mana ianya dibawah kuasa Sultan-sultan melayu (kuasa kerajaan negeri) sebagai ketua agama islam (sebagai pentadbir).

Jadi sebagai rakyat Malaysia yang sepatutnya berpegang pada prinsip keluhuran perlembagaan dan kedaulatan undang-undang, adalah patut bagi yang bukan muslim TIDAK membicarakan langsung atas kerana mereka ini bukan pihak yang kena mengena. Jika isu seperti menukar agama sekarang ini menjadi isu, maka haruslah disedari bahawa TIADA sesiapa pun di Malaysia ini DIPAKSA memeluk Islam melainkan mereka yang telah lahir sejak azali sebagi muslim. Jadi haruslah mereka ini sedar tentang kesan yang berlaku apabila mereka ingin memeluk islam dan sememang nya terdapat badan kebjikan dan kerajaan yang akan membimbing mereka yang ingin memeluk serta memahami islam. Disinilah sepatut nya peranan kerajaan dalam menerangkan tentang isu seperti Artikel 121 (A) agar tidak berlaku lagi perkara-perkara berbangkit. Haruslah di ingat Islam itu bukan lah agama yang boleh dipermainkan dimana seseorang itu boleh memilih pegangan Islam jika ia mahu hari ini dan esok ditinggal jika merasa tidak suka lagi. Hormatilah agama mereka yang lain jika anda ingin agama anda sendiri dihormati.

Dan sememangnya dari awal lagi kerajaan sudah sepatutnya meminda @ mewujudkan 1 rang undang-undang mengenai MURTAD agar kesucian Islam itu dapat dipelihara.Segala diskusi yang sedang berjalan sekarang ini mengenai artikel 121 (A) sepatut nya berlangsung secara tutup melibatkan kumpulan tertentu agar ianya tidak menjurus kepada perasaan tidak puas hati bagi mana-mana pihak. Kerajaan juga harus tegas dalam memastikan Perlembagaan Malaysia ini dihormati dan dipatuhi.

Hal seperti keistimewaan bumiputera, haruslah disedari bahawa perkara ini sebenarnya telah diperstujui oleh semua pihak atau rakyat Malaysia @ Tanah Melayu pada masa ia dirangka. Keadilan bermaksud meletakkan sesuatu itu pada tempat yang sepatutnya, maka atas nama keadilan jugalah mengapa hak bumiputera itu diwujudkan dan diberi pada kaum peribumi, kerana dengan memberi hak warga negara pada mereka yang bukannya asal peribumi di Tanah Melayu pada masa itu( Jus soli ) maka kerajaan dan rakyat pada masa itu bersetuju untuk memastikan adil pada kaum peribumi, maka wujudlah hak keistimewaan bumiputera itu.

Jadi bagaimana mungkin ada pihak ingin mengatakan mereka berjuang demi keadilan jika adil itu tidak lagi dilakukan seperti mana maksud sebenarnya? Fikirkanlah dengan fikiran yang tenang dan rasional.

Monday, September 8, 2008

Dah Puasa Dah.

Bulan Ramadhan ni memang bulan favourite aku. Bulan ni selalulanya buat aku flashback kisah kecik2 dulu. Macam mn aku cari duit dengan tolong orang niaga, mak & bapak aku niaga. Bulan ni jugak lah aku dapat kebebasan untuk balik rumah lambat waktu kecik2 dulu dengan alasan aku tolong basuh pinggan mangkuk kat surau pas moreh ( mmg betul pun). Hehehehehe, waktu ni lah dapat can nak main mercun ke , dan yang extreme skit main nyorok2. Hehehehe, memang x jumpe nye kalo dah main malam2.

Bila dah besar ni lak, bulan ni lah masanya nak kene blajar tambah skit ibadat, wat ala tarawih, kedian dapat jugak lah sempurna kewajipan 5 waktu, kut x ade je waktu yg terlepas ( ada masa nya lalai gak aku ni).

Tapi yang x best semenjak keje ni aku dah mula kene terima adat ada masa nye aku akan raye kat rumah, ada masenye aku raya kat kapal ni. Huhuhu sedih tul 1st time aku raya kat kapal ni. Maklumlah x penah raya jauh dari family kan. Tahun lepas dapat raya ngan family, tapi tahun ni kene la aku raya kat kapal balik. Hmm sedih lak nk sambut raya tahun ni. Huhuhuhu.

Tapi pe2 pun aku ucapkan selamat hari raya pada korang semua kat luar 2 yang sudi baca blog aku ni. Mintak ampun dan maaf kalau ada tersalah kata @ bahasa. Selamat hari raya, maaf zahir dan batin.

Saturday, August 9, 2008

Pengkhianatan UMNO terhadap orang Melayu.

Ada banayak perkara yang bagi aku merupakan pengkhianatan utama UMNO pada bangsa melayu. Bangsa yang menjadi penyokong utama dan asas perjuangan mereka hingga ke hari ini.
Antara hutang@perkhianatan utama itu ialah:

1. Penghakisan kuasa Sultan.
Sebelum Che Det memgang tampuk kuasa negara Sultan-sulatan dan raja2 merupakan antara tiang seri atau barisan pembelaan terakhir bagi orang melayu dimana yang Dipertuan Agong memiliki kuasa veto khas untuk menolak sebarang pindaan terhadap perlembagaan dengan tidak meluluskan @ menandatangani pindaan tersebut.
Tetapi Che Det dengan menggunakan kesempatan terhadap krisis @ masalah yang ditimbulkan oleh sultan2 ini berjaya memaksa baginda sekalian menyerahkan sebahagian kuasa mereka pada parlimen. Jadi, jika ditakdir kan tuhan 1 hari nnt kuasa di parlimen akan lebih berpihak pada org bukan bumiputera mcm yg hampir berlaku selepas pilihanraya kali ini maka hak2 & keistimewaan org melayu didalam perlembagaan akan terancam.

2.Ketiadaan undang2 hudud.
Pada masa kini didalam perlembagaan malaysia, agama anutan seseorg itu hanya dapat ditentuka oleh ibu bapa sehingga umur 18 tahun shaja. Selepas itu jika individu itu ungin menukar agama nya maka ia berhak tanpa dapat dihalang oleh sesiapa. Peruntukan ini sebenar nya banyak merugikan org islam yakni org melayu itu sendiri diaman kesucian islam itu dapat diperkotak katikkan oleh mualaf yg memeluk agama islam tanpa niat yg suci. Dimana mereka boleh kembali ke agama asal mereka jika tidak suka lagi dgn islam. Disamping itu peruntukan ini juga hanya akan dapat membantu musuh islam yg tidak pernah putus asa untuk menarik umat islam ke agama mereka. Hasil nya org yg mempunyai pegangan agama yg nipis akan mudah menukar agam a mereka tanpa sebarang halangan dari segi undang, yakni hudud. Ini kelemahan undang2 yg menyebabkan org seperti Lina Joy berani bertindak secara terng-terangan mengisytiharkan diri nya bukan lagi muslim.

3.Penghakisan jati diri bangsa melayu.
Hari ini kita dapat lihat jatidiri bangsa melayu itu semakin lama semakin hilang, sains & matemaik tidak lagi dalam bahasa melayu, papan tanda jalan sudah mula menggunakan bahsa asing,tulisan jawi sudah hampir pupus di bumi melayu ini dan sifat kesusilaan & kesopanan melayu itu hilanh dikalangan remaja yg terpengaruh dgn budaya barat.Anak gadis kita dgn sewenang2 nya di usung oleh org asing, dalam keadaan mabuk,khayal dan pelbagai lgi yg menunjukkan betepa rapuhnya jatidirir yg patut dimiliki org melayu kita. Apalah nasib melayu.

4.Penghakisan melayu dari bandar2 utama.
Kita dapat lihat hari ini obilangan orang melayu di pusat bandar sudah semakin berkurangan. melayu hanya ada di pinggir bandar. Jika dulu terdapat banyak golongan orng melayu yg menetap di kampung setinggan, hari ini bilangan mereka mulai berkurangan.Melayu ditolak dari pusat bandar ke pinggir seperti sg buloh,rawang,kajang dsb. Sepatut nya sebagai pejuang nasib org melayu umno seharus berjaya memastikan keahdiran bumiputra di bandar dapat menunjukkan siapa tuan di bumi ini, bukan ntya bangsa asing seperti cina dan pendatang luar.
Nasib melayu yg tggl dipusat bandar adalah tggl di rumah2 flat DBKL dan PBT lain yg mereka sewa bkn miliki.

Beginilah nasib bangsa yg negara ini mereka kuasai dan pimpin tetapi terus tertindas se olah2 mereka merempat di negeri asing.Pejuan pembela nasib bangsa melayu yang sebenar nya pengkhianat besar. (Umno, majulah untuk org asing)

Tuesday, August 5, 2008

Selamat kat kl dah.

Alhamdulllah, dah abis pun shift keje aku kali ni. 4 aribulan turun dari K1(Kadriah 1 nama kapal tempat aku keje) 15 aribulan nanti naik la balik. Tensen giler aku semalam nak balik, bebudak yg tukar shift ngan aku boleh lak sampai kat k1 kul 7 mlm, dah kene la aku kensel plan nk meluang kan masa ngan buah hati aku kat JB. Bebudak tu leh gi saloon la dulu baru nak naik bot yang wat aku geram tu. X respek langsung ngan org nyer masa pikir ikut sedap diaorang je. Tapi xpe, bile aku naik kali ni aku pun nak wat macam tu gak abgi diaorang lak panas ngan aku. Dendam nyer kes la ni.
Aku pun pening gak nak pujuk buah ati aku si Fini tu, coz dah lama x jumpe kan so plan kali ni nak jumpe la tapi x jadi pulak.Dia pun merajuk la, sampai xlalu makan semua layan aku dalam tepon pun macam nak xnk je. Huhuhuhu. Dah dekat 2 jam cakap dalam tepon baru la dia pun ade mood sikit tapi still x puas hati lagi r. Aku tau tapi dia je xnk ckp.
Mintak2 mintak la sekarang ni dia dah sejuk sikit kut x pening jugak aku di wat nye. Sayanf maaf kan i yer.....

Sunday, August 3, 2008

Ape kes pulak

Semalam aku baca suratkhabar ada keluar lagi kes MRR2 rosak. Apa nak jadi kat tiang tu tak tau la. Sekali lagi duit ratus ribu atau juta-juta nak kena keluar, betulkan tiang tu. Tak tau la kat mn silapnye benda 2, dari design ke,material x elok ke atau kontraktor yang salah pasang. Sepatutnya projek yang harga ratus-ratus juta macam tu kena dijamin oleh kontraktor tu untk tempoh yang lama mcm 20-30 tahun baru diaorang ni wat keje betul dan amik berat pasal kualiti kerja tu. Macam MRR2 cukup tahun ni dah abis dah guarantee kontraktor tu,nasib baik la kes patah tu jadi time ni kalau x dah kene guna duit rakyat.

Dalam pada nak komplen pasal kerajaan ni, aku nak ucap tahniah jugak la kat member aku yang sorang ni. Dah nk kawin dah dia, sama-sama gelak x sangka lak dia dah nak jadi laki orang, ish3x cepat tul masa ni berlalu, xtau la bila pulak giliran aku. Hehehehe.Banyak gak duit nak pakai untuk kawin zaman ni, xde 25 ribu payah gak. Itupun jenis standard nye majlis, bukan nyer grand2 pun.

Anyway, aku kene kuar nanti-nanti sambung lagi. To my friend Rizal Daud & future wife Shazalina congratulations may you all life happily ever after.

Saturday, August 2, 2008

lama pulak kali ni.

Bermula dari bulan ogos 2008, jadual kerja saya dah berubah dah. Dari kene keje 9 hari cuti 7 hari sekarang ni dah jadi 12 hari keje 10 hari cuti pula. Semua nye gara-gara nak save budget company. Aduhai, jadual kerja boleh ubah bagi untung staff untuk kerja 1 minggu cuti 1 minggu tapi kene tolak dek supervisor sebab jadual dia nanti wat dia tak boleh raya. Memang menunjukkan contoh kepimpinan sejati, rakyat korban pemimpin senang.


Starting from this august 2008 my work shift will be changed. From working 9 days off 7 days know changed to 12 days on 10 days off. All this to save budget. Even the new shift can give advantage but one person wont do itfor his own advantage. A sample of true leadership of todays, the leader must gain in other peoples lost.