Monday, April 6, 2009

Kisah Luqman Al-Hakim Dan Anaknya

Dalam sebuah riwayat menceritakan, pada suatu hari Luqman Hakim telah masuk ke dalam pasar dengan menaiki seekor himar, manakala anaknya mengikut dari belakang. Melihat tingkah laku Luqman itu, setengah orang pun berkata, 'Lihat itu orang tua yang tidak bertimbang rasa, sedangkan anaknya dibiarkan berjalan kaki."
Setelah mendengarkan desas-desus dari orang ramai maka Luqman pun turun dari himarnya itu lalu diletakkan anaknya di atas himar itu. Melihat yang demikian, maka orang di passar itu berkata pula, "Lihat orang tuanya berjalan kaki sedangkan anaknya sedap menaiki himar itu, sungguh kurang adab anak itu."

Sebaik saja mendengar kata-kata itu, Luqman pun terus naik ke atas belakang himar itu bersama-sama dengan anaknya. Kemudian orang ramai pula berkata lagi, "Lihat itu dua orang menaiki seekor himar, adalah sungguh menyiksakan himar itu."
Oleh kerana tidak suka mendengar percakapan orang, maka Luqman dan anaknya turun dari himar itu, kemudian terdengar lagi suara orang berkata, "Dua orang berjalan kaki, sedangkan himar itu tidak dikenderai."
Dalam perjalanan mereka kedua beranak itu pulang ke rumah, Luqman Hakim telah menasihatai anaknya tentang sikap manusia dan telatah mereka, katanya, "Sesungguhnya tiada terlepas seseorang itu dari percakapan manusia. Maka orang yang berakal tiadalah dia mengambil pertimbangan melainkan kepada Allah S.W.T saja. Barang siapa mengenal kebenaran, itulah yang menjadi pertimbangannya dalam tiap-tiap satu."

Kemudian Luqman Hakim berpesan kepada anaknya, katanya, "Wahai anakku, tuntutlah rezeki yang halal supaya kamu tidak menjadi fakir. Sesungguhnya tiadalah orang fakir itu melainkan tertimpa kepadanya tiga perkara, iaitu tipis keyakinannya (iman) tentang agamanya, lemah akalnya (mudah tertipu dan diperdayai orang) dan hilang kemuliaan hatinya (keperibadiannya), dan lebih celaka lagi daripada tiga perkara itu ialah orang-orang yang suka merendah-rendahkan dan meringan-ringankannya."

PM Malaysia Ke-6........

Tahniah buat PM baru Malaysia yg baru Dato Sri Najib (DSN), atas perlantikan beliau sebagai PM yang baru. Diharap beliau dapat mentadbir Malaysia dengan adil dan agar negara ini makmur dan maju serta aman dalam menempuh dugaan kegawatan ekonomi.
Yang kita harapkan beliau dapat memastikan pentadbiran beliau ini tidak lagi kontroversi seperti peribadi beliau dengan isu Altantuya dan komisyen kapal selam serta khalwat ziana zain.

Tetapi, kita harap pentadbiran beliau boleh menjanjikan perkembagan ekonomi yang lebih efektif berbanding Pak Lah, serta kita harap sikap tegas allahyarham bapa beliau diwarisi nya agar dapat memastikan isu-isu yang menyentuh sensitiviti orang melayu tidak lagi dijadikan permainan pihak yang berkepentingan.

Akhir doa, Ya Allah, Engkau lindungi lah Malaysia ini daripada musibah dan kezaliman. EngKau berilah pada kami pemimpin yang adil dan amanah agar dapat kami hidup sejahtera dan tenteram untuk mengerjakan suruhan mu Ya Allah. Amin...

Monday, February 9, 2009

Kes Makan Babi Di Malaysia

Untuk makluman semua.

MINTAK TOLONG SEMUA KAWAN-KAWAN BACA NI SAMPAI HABIS

Kes macam ni bukan kes baru. Memang betul cakap Cina tu! daging ayam dan
lembu tak cukup lemak untuk membentuk apa-apa shape. Jika sebarang proses
tidak menggunakan lemak babi, ia senang pecah. Berdasarkan pengalaman saya

dalam industri memproses makanan, boleh dikatakan semua product dari
oversea yg bertanda halal sebenarnya tidak halal.

Bagi mereka haram itu pork iaitu daging babi manakala pork product yg lain

saperti lard (minyak babi),pork fat(lemak babi), ham (ini asal nama
hamburger) dan bacon (hirisan nipis daging babi yg biasa serve during
breakfast), pork instestine(perut babi) dll tidak apa bagi Muslim .

Saya pernah bekerja di Shangri-laHotelKL, di situ terdapat satu BUTCHER
Dept....
1. Semua jenis sausage menggunakan pork casing. Pork casing adalah saluran

usus yg digunakan sebagai k ulit sausage. Semua ingredients untuk sausage
diblend bersama pork fat untuk membuat sausage itu firm dan tak mudah
break. Jadi kalau sausage itu Chicken or beef still contain pork.

2. Pork fat juga digunakan dalam proses membuat turkey roll,chicken roll,
meatloft, pastrami dan salami. Benda ni semua boleh didapati di
supermarket dan digunakan secara meluas sebagai toping PIZZA

3. Bagi sesiapa yg suka makan buffet.. cold cuts yg disusun lawa-lawa pada

buffet table seperti Terrine dan Pate pun ada lemak babi. Menyentuh
sedikit aktiviti kaum Cina , saya ada satu kisah yang menarik untuk
diceritakan .

Salah seorang kawan telah menceritakan kepada saya ini,Bapanya adalah
seorang pekerja TNB bahagian pembaik pulih bekalan elektrik.Pada satu hari

bapanya bertugas membetulkan bekalan elektirk di kawasan Jenjarum Banting.

Semasa pekerja-pekerja lain sedang melakukan kerja-kerja pembaikan pulih
bekalan beliau telah meraya u-rayau dikawasan sekitar.

Setiap pekerja pembaiki pulih bekalan TNB mempunyai kebenaran memasuki
kawasan yang melibatkan penggunaan elektrik, jadi secara tidak sengaja
beliau telah memasuki sebuah kilang memproses makanan, dilihatnya
daging-daging ayam berlongok-longok. Kemudian daging-daging babi
berlongok-longok disebelahan. Rupa-rupanya kilang tersebut membuat burger
dan daging- daging ayam dan babi tersebut dicampur dan di gaul bersama
kemudian dijadikan burger.

Beliau telah bertanya kepada tokeh tersebut mengapa dicampurkan daging
babi dengan daging ayam! Tokeh tersebut berkata kalau tak campur burger
yang hendak dibuat susah untuk melekat dan dibentuk.

Dengan mencampurkan daging ayam dan babi burger mudah dibentuk. Katanya
lagi, burger ini tidak dijual terus kepada orang Melayu. Tapi jika
mana-mana supplier yang tak cukup stok akan ambil burger daripada kilang
tersebut.

Lu ingat itu supplier cukup ka u ntuk supply satu Malaysia
(Tak tahu
supplier mana yang ambil dari dia). Tokeh tersebut siap kata "SIAPA KATA
MELAYU TAK MAKAN BABI", menyirap darah bapanya.

Balik tu dia buat aduan di JAIS. Bila JAIS buat serbuan tak ada apa-apa
yang jumpa,kilang tersebut pun tak ade. Mungkin dah pindah bila menyedari
ada orang melayu dah tahu aktiviti beliau.

P/S Siapa yang suka makan burger tu berhati-hatilah mungkin ada yang
bercampur dengan daging babi.

Patut lah bila kes JE timbul rupanya berjuta-juta babi ada kat Malaysia ..
Purata satu hari babi dikeluarkan dari ladang ternakan beratus ribu.Yang
peliknya takan beratus ribu babi ini dilantak oleh orang Cina saja.
Mungkin sebahagian darinya dibuat bahan makanan yang lain, lepas tu bagi
orang Melayu makan. Yang peliknya lagi kebanyakan yang jual burger tu
orang Melayu.
*frwdkan.. kepada rakan dan saudara seagama anda.

Saturday, February 7, 2009

Cinta Si Lelaki........

CINTA lelaki memang pelik dan aneh, tetapi unik. Ia pelik kerana hadir di jiwa seorang lelaki yang sebelumnya keras, kasar dan kurang romantis.
Aneh apabila dia sudah lembut dan romantis, mudah pula berasa sayu pilu dan sensitif hanya dengan kata-kata orang yang dicintainya.
Semua ini melambangkan keunikan hati lelaki yang sukar difahami, ada kala lunak tetapi selalu keras dan kurang simpati.
Lelaki tidak berupaya hidup tanpa wanita di sisi tetapi tatkala sudah memiliki jarang pula hendak menghargainya sepanjang usia. Lelaki yang benar-benar lelaki, disenangi pasangan sama ada kekasih mahupun sudah bergelar isteri.
Kesungguhan cinta lelaki terpancar melalui:
Kesungguhan dalam melakukan sesuatu buat kekasih atau isteri tanpa paksaan. Semua dilakukan dengan rela, ceria dan penuh bahagia.
Puas apabila dapat menghiburkan pasangannya.
Lebih banyak menasihati kerana amat menyayangi kekasih atau isterinya.
Mencemburui kekasih atau isteri, lantas akan mengongkong kebebasan mereka. Kongkongan semata-mata perasaan sayang dan cemburu yang meluap-luap.
Kerap menyatakan ketakutan jika kehilangan kekasih atau isteri.
Mudah merajuk dan sensitif apabila si dia tidak me numpukan perhatian penuh padanya.
Kadangkala seperti anak kecil untuk mendapatkan layanan terbaik daripada pasangan.
Kerajinannya ketara, tergambar melalui kesungguhan melakukan apa saja asalkan dapat membahagiakan kekasih atau isteri.
Mudah merajuk kerana mahukan kata-kata lembut da ripada kekasih atau isteri.
Lega apabila pasangan memujuknya.
Gelisah apabila berjauhan dengan kekasih atau isteri.
Kerap menelefon dan menghantar sistem pesanan ringkas (SMS).
Lelaki yang jujur dan cukup mabuk dalam percintaan pasti tidak akan melayan perempuan lain sewenang-wenangnya. Dia akan berasa berdosa berbuat begitu tanpa pengetahuan kekasih atau isteri.
Sebenarnya apabila lelaki benar-benar jatuh cinta dan setia kepada kekasihnya dengan ikhlas, perubahan sikap amat mengejutkan.
Hati lelaki yang dianggap keras selama ini, tiba-tiba secara semula jadi menjadi selembut kapas apabila sudah jatuh cinta dengan relanya.
Malah, lelaki yang mabuk cinta sanggup berkorban dan buat apa saja untuk kekasihnya.
Sekeras manapun hati lelaki, dia akan mengalirkan air mata apabila hatinya dilukai. Untuk melihat lelaki menangis amat sukar. Antara tanda-tanda lelaki jatuh cinta ialah:
Dia menganggap kekasihnya sebagai orang yang paling dipercayai dan sanggup menyerahkan harta mahupun nyawa sendiri.
Dia sentiasa ingin menghiburkan kekasihnya dan berubah menjadi orang yang kuat bercakap.
Dia banyak menasihati kekasih kerana amat menya yanginya.
Dia sentiasa mengawasi pergerakan kekasihnya kerana sentiasa berasa curiga.
Dia tidak suka lelaki lain rapat dengan kekasihnya.
Dia sentiasa memastikan keselamatan kekasihnya.
Dia akan menggelabah apabila kekasihnya berjauhan dengannya terlalu lama.
Dia mementingkan kekasihnya lebih daripada dirinya sendiri.
Dia kerap bertanya adakah kekasihnya mencintainya kerana dia berasa kasihnya lebih kuat daripada kekasihnya.
Dia tidak akan melayan perempuan lain yang tidak ada urusan penting dengannya.
Dia cuba meluangkan lebih banyak masa dengan ke kasihnya walaupun terpaksa menunggu dengan sabar.
Dia membanggakan kekasihnya di depan orang lain.
Apabila timbul orang ketiga, dia akan hilang akal dan sanggup berbuat apa saja untuk merebut kekasihnya kem bali.
Dia tidak akan berlaku curang terhadap kekasihnya namun jika dia berbuat demikian, ini bermakna dia belum 100 peratus mencintai kekasihnya.

Saturday, January 31, 2009

Perhatian Untuk Muslim.

"Pernah dengar cerita Aisyah Bukhari yang murtad tak lama dulu? Suratkhabar banyak menutup kes ini kononnya untuk menjaga perkauman, tak nak terjadi kacau bilau. Kes Aisyah yang murtad dan banyak kes murtad lain ditutup sedemikian rupa atas alasan bercinta, ikut boyfriend.


Cerita yang akan saya bawa ini agak panjang tetapi sekiranya kamu seorang Islam yang peka dan sayangkan agama kita Islam, buatlah sesuatu, paling kurang fowardkan email ni kepada saudara kita yang tak tahu menahu. Ataupun selemah-lemahnya, berdoa agar kita semua serta saudara-saudara kita terselamat daripada fitnah akhir zaman yang paling besar ini..


Ini bukan cerita rekaan saya tetapi hanya petikan dari ceramah yang saya dengar dari mulut pegua mbela kes ini Zulkifli Nordin di Madrasah Hidayah. Murtad dikalangan orang Melayu kini sudah menjadi ancaman kepada kita. Indeks pencemaran akidah mengikut jabatan statistik dan perangkaan Tahun 1989 aje, 4776 orang Melayu mohon tukar nama dari Melayu kepada bukan Melayu atas alasan keluar dari Islam.


Tahun 1997, bila Saari Bustamah mengambil alih jawatan mufti dari Datuk Has him Yahya, perkara pertama yang disentuh adalah murtad. Menurutnya sehingga Julai 1997, 3,000 orang murtad di KL sahaja. Tahun 1998 saja, 516 orang sudah murtad. Aisyah bukan kes pertama murtad, sebelum ini dah beratus kes timbul tetapi ditutup oleh pihak tertentu.


Setakat kes Aisyah, dah 40 fail murtad dikendalikan oleh saudara kita Zulkifli Nordin. Mengapa kes Aisyah ini kita rasa ralat sangat? Kes ini satu simbol yang tunjukkan pada kita orang Melayu. Sistem pertahanan akidah kita amat rapuh. Akidah kita diserang ditubi dari segala sudut. Yang kita tak nampak dengan menggunakan system perundangan dan kehakiman kita sendiri.


Kes ini boleh dilihat dari 2 sudut.

1. Bagaimana orang macam Aisyah boleh murtad
2. Bagaimana orang kafir laknatullah boleh menggunakan sistem hakiman kita untuk merampas anak orang Islam untuk dimurtadkan?


Apa yang berlaku kepada Haji Bukhari setelah 25 tahun didik anak dengan pengisian Islam yang hebat. Sedang dia mengimamkan sembahyang terawih di masjid tahun 1997 anak dia sedang dimurtadkan dirumah.

Aisyah adalah gadis Melayu biasa yang didedahkan dengan ilmu yang sepatutnya. Dalam keadaan macam tu, dia takkan murtad. Dihantar ke sekolah agama, dia belajar hingga tingkatan 6 atas dan boleh melayakkan diri jadi ustazah kalau dia hendak, dan layak melanjutkan ke peringkat Universiti Al Azhar kalau dia hendak . Dia dibesarkan dalam suasana yang bapanya imam. Datuknya juga imam yang dah berpuluh tahun imam Haji Tahir. Dia juga hafal surah Yasin. Dalam ertikata, tahu ayat apa, surah ke berapa yang dibacanya, ayat apa yang jadi azimat, semua dia tahu. Itu hebatnya Aisyah. Surah Sajadah pun dia hafal . Masuk ITM dia terlibat dalam gerakan Islam. Dia didedahkan dengan gerakan Islam, dia tahu kelemahan-kelemahan Bible. Dari segi keterampilan, dia budak perempuan Melayu seperti biasa, pakai tudung dengan baju kurung bunga-bunga. Takde apa yang pelik pada dia, duduk di lembah keramat AU5C. Kakak dia pun macam itu juga keterampilannya. Tiap-tiap hari telefon bapanya lapor isu terkini. 2 tahun di KL begitu. Hari terakhir dia telefon 19 Nov 1997 , "Assalamualaikum ayah! Ni Intan (nama manja) cakap. Intan nak bagitahu, Intan dah kristian."


Bayangkan hati seorang bapa. Kita sendiri heran macamana dia boleh murtad. Aisyah adalah simbol anak Melayu yang telah dididik dengan begitu rupa boleh murtad. Apa yang Haji Bukhari boleh buat? Airmata sahaja modal dia. Masuk TV menangis, keluar radio menangis, pergi forum menangis apa yang dia boleh buat? Semua dokumen mahkamah akan jadi bahan arkib termasuk permohonan kafir laknatullah itu minta Aisyah dibebaskan untuk dimurtadkan .


Butir asal permohonan......

Permohonan ini dibuat oleh Lennet Teoh Hui Leong seorang peguam C ina Kristian. (Read Herbes Corpes bawah bab 36 kanun acara jenayah). Tujuan untuk membebaskan seorang yang didakwa ditahan secara salah. Sebarang permohonan seperti ini perlu bagi sebab mengapa didakwa tahan secara salah. Permohonan dibuat bawah bab 36 atas alasan Article 11 Perlembagaan Persekutuan. Iaitu hak kebebasan beragama. Tiada langsung soal kahwin timbul. Permohonan tu menyatakan, perenggan 6, bertarikh 28 November 1997 di Makamah Tinggi Malaya Kuala Lumpur bahagian jenayah.


Sebab yang dia beri, "Saya Lennet Teoh Hui Leong telah dilantik oleh Nur Aisyah untuk memberi nasihat kepadanya berkenaan dengan pertukaran agamanya kepada Kristian dan atas arahannya saya telah menyediakan surat sumpah untuk Nur Aisyah menolak dan meninggalkan agama Islam."


Perenggan 23: "Saya Lennet Teoh percaya bahawa Nur Aisyah sedang dikurung secara salah oleh keluarganya. Saya percaya tindakan ibubapa, abangnya dan bapa saudaranya telah melanggar hak kebebasan Nur Aisyah menganut agama pilihannya iaitu Kristian Khatolik".


Kita tak boleh buat apa-apa sebab article 11 Perlembagaan Persekutuan menyatakan mana-mana warganegara Malaysia yang telah cukup umur (18tahun) berhak mutlak menukar agamanya. Itulah perlembagaan kita yang memerdekakan orang Melayu kita tahun 1957. Perlembagaan itulah juga yang menjerut kita sendiri. Adakah anak cucu kita akan selamat dengan perlembagaan itu? Bila berlaku pertembungan antara hukum syara' dengan undang-undang sivil, undang-undang syara' akan terbatal. Maksud agama rasmi kita Islam adalah acara-acara rasmi hendaklah dibuat mengikut cara Islam. Contohnya perlantikan sultan, rasmi parlimen dll. Tak lebih dari itu. Bab kehidupan, politik, ekonomi..... semua tak termasuk.

Article 4 pula menyatakan: "Mana-mana undang-undang yang bertentangan yang bercanggah dengan perlembagaan ini adalah batal dan tidak sah. Ini termasuklah hukum syara'.


Contoh kes Hart ina Haji Kamarudin.

Pada masa ceramah ini dibuat, Haji Kamarudin ada dalam lokap, didakwa mencederakan seorang Hindu kafir laknatullah kerana memurtadkan anaknya. Anak yang dibela selama 18 tahun dengan begitu susah payah datang ke Rumah dalam keadaan Hindu.

Haji Kamarudian seorang penjual sate di Perak. Beliau lepaskan anaknya selepas 18 tahun ke KL untuk cari kerja. Tak terlintas langsung di kepalanya anaknya akan murtad. Tak sampai 9 bulan, Hart ina balik ke restoran bapanya dalam keadaan Hindu dengan nandek kat dahi . Bukan itu saja. Anak yang dimanjakan begitu rupa balik mencabar bapanya, bawa boyfriend dan kawan-kawan boyfriendnya sambil berpeluk-p eluk dalam keadaan dia pun dah Hindu dengan nandek. Haji Kamarudin takek si kafir tu kat tengkuk. Menggelupur dia depan kedai tu.

Haji Kamarudin juga dipelupur oleh kawan-kawan si Hindu tu sampai nak pengsan. Adik lelaki Hart ina umur 16 tahun turut kena belasah kerana nak menyelamatkan akidah kakaknya depan kedai tempat bapanya meniaga..

Apa Hart ina buat masa tu? Hart ina papah kekasihnya dan biarkan bapanya menggelupur sendirian. Tak cukup dengan itu, dia pergi ke balai polis buat report bapak dia pukul boyfriend dia. 14 hari Haji Kamarudin dengan adik lelaki Hart ina merengkok dalam lokap sebab report anak kesayangannya yang mempertahankan kekasih Hindunya. Tak cukup dengan itu disaman pula bapanya 3 juta. Remuk hati seorang bapa yang diheret ke penjara kerana anak sendiri. Tak cukup lagi, dia telah mengh ina bapanya dengan menukar nama Hart ina Haji Kamarudin kepada Nivasni Rajeswari. Nama Hindu.

Semasa masih terlantar kat hospital (akibat dipukul b ina tang Hindu laknatullah ), Haji Kamarudin ditangkap polis semula sebab Hindu laknatullah ditembak oleh seorang yang tak dikenali. Jadi, Haji Kamarudin, anaknya dan anak saudaranya kena kurung masuk lokap kerana menjadi suspek utama kes tembakan tersebut. Anak yang ditatang begitu rupa akhirnya menyebabkan dia merana dalam keadaan h ina di dalam negara yang negara Islam!! Haji Kamarudin juga dikenakan berbagai tuduhan. Setakat itu saja, 4 tuduhan.

Yusof Qardawi dalam kitabnya menyatakan hendaklah mempertahan akidah hatta dengan nyawa sekalipun. Itu yang Haji Kamarudin buat dalam mempertahankan hukum Allah, dilokap sedemikian rupa.

Lagi satu kes lain saudara baru kita, nama Yusof bin Abdullah , nama asal Hindunya Santana. Ada seorang isteri, namanya apa entah. Ada anak lelaki, nama Sunjay kalau tak silap. Usia 2 tahun masa tu. Ajak isterinya masuk Islam. Abangnya telah lebih 20 tahun masuk Islam. Isterinya kata ?eh!? Yusof bawa anaknya sekali masuk Islam dengan nama Mohamad Syazani bin Yusof. Dia hidup 2 beranak tu selama 2 tahun. Lepas 2 tahun si m ina ci datang semula dan bawak lari anak ini ke KL dengan boyfriend barunya. Yusof tak tahu apa nak buat, dia minta mahkamah syariah Alor Setar keluarkan perintah penjagaan hak ke atas anaknya.

Mahkamah pun bagi. Dia pun datang ke KL dan ambil balik budak tu. Si emak ni pergi mahkamah tinggi KL mintak hak jaga anak. Mahkamah tinggi bagi pada si m ina chi ni. Heran sungguh. Bila si m ina chi ni tak dapat nak ambil balik budak tu, dia pergi report polis. Tahu polis buat apa? Cari Yusof dan tangkap! (padahal Yusof dapat hak penjagaan daripada mahkamah syariah Alor Setar).. Yusof masuk lokap 8 hari.

Lepas tu polis ambil balik budak tu kasi pada emaknya. Hari ni, budak tu kembali jadi Hindu. Tak cukup dengan itu, kurang ajarnya si m ina chi ni, dia minta pulak mahkamah tinggi batalkan perintah jagaan anak yang dikeluarkan oleh makamah Syariah Alor Setar yang diberi pada Yusof.


Dalam kes Suzie Teoh, seorang budak perempuan dari Kelantan umur 16 Tahun telah peluk Islam atas kerelaan sendiri. Bapa dia tak suka, lepas tu saman anak sendiri dan saman Majlis Agama Islam Negeri Kelantan, heret anak dia ke mahkamah persekutuan. Dia mohon pada makamah, agar istiharkan anak dia masuk Islam tak sah.

Masa tu, Tun Salleh Abas yang jadi hakim. Beliau seorang yang alim dan warak. Bila dihadapkan dengan kes Suzie Teoh, menangis Tun Salleh Abas. Terpaksa buat perisytiharan. "Dibawah Perlembagaan Persekutuan, hak seorang anak tertakluk dibawah jagaan ibubapanya selagi belum cukup 18 tahun. Kalau nak tukar agama, kena minta kebenaran ibu bapanya. Semasa Suzie Teoh masuk Islam, berumur 16 tahun. dia tak sah peluk Islam." Atas kearifan dan iman Tun Salleh Abas, dia simpan fail tu dalam lacinya selama 2 tahun.

2 tahun kemudian, lepas hari jadi Suzie Teoh yang ke 18 tahun, dia buka balik kes itu dan bagi peluang Suzie isytiharkan agamanya sendiri. Penuh mahkamah nak tahu kes tu; wartawan tempatan, wartawan asing semua nak dengar keputusan. Terketar-ketar budak tu. Baru umur 18 tahun. Sambil menangis, budak tu kata " Saya yang arif, kekal dalam agama saya, saya masih nak nama Nur Aini." Maka Tun Salleh Abas pun dengan bangga mengisytiharkan Islamnya sah dengan namanya Nur Aini.. Selamat akidah seorang budak. Sebab itu jugalah Tun Salleh Abas kena buang atas 5 tuduhan. Tuduhan kedua atas sebab melengahkan kes seorang budak tanpa sebab selama 2 tahun. Itulah harga yang Tun Salleh Abas terpaksa bayar.

Kes terakhir sekali yang paling teruk, kes saudara Ibrahim, isterinya Siti Solehah dan anak perempuannya usia 5 bulan mati dipancung kerana tidak mahu kembali kepada agama asalnya, Hindu. Pada malam hari Valentine 14 Februari, pada waktu anak Melayu bertukar tukar bunga di Dataran Merdeka. 3 Saudara kita mati dipancung dalam sebuah kontena demi mempertahankan agama.


Peristiwa 13 Mei tercetus apabila seorang budak Melayu dibunuh kerana dia Melayu bukan kerana dia Islam. Dalam sejarah Melayu, tiada lagi orang Melayu dibunuh kerana Islam. Semuanya sebab Melayu. Inilah pertama kali.


Jika kita sorot semula sejarah Islam Yasir, bapa kepada Amar diseret di hadapan. Amar diugut supaya tukar agama.. Kalau tidak, bapanya Yasir akan dibunuh. Amar kata, "Allah hu Ahad". Terus Yasir kena pancung di padang pasir. Kemudiannya, Sumaiyah ibunya juga disula dari bawah tembus ke jantung. Mampu berkata "Allah hu Ahad". Berlari Amar menemui Rasullullah SAW. Dan akhirnya, mengikut sejarah, Amar menjadi seorang mujahid berperang bersama Rasullullah SAW. Itu zaman puak Quraisy kafir laknatullah berkuasa. Rasullullah SAW tiada kuasa lagi pada masa itu.Rasullulah tak boleh buat apa.


Dalam kes kita, bukan sahaja Ibrahim dipancung kepalanya sehingga putus, tak cukup lagi, tangannya juga turut dipotong. Sehinggakan Majlis Agama Islam Selangor terpaksa minta masjid mandikan jenazah saudara-saudara kita yang mati syahid itu.

Apalah dosa a nak kecil yang berusia 5 bulan itu? Ibrahim dan Siti Solehah bukan calang-calang orang. Ibrahim seorang saintis Pakar Geologi manakala isterinya Siti Solehah, seorang Pakar Botani.. Tanda-tanda syahid jelas pada ketiga mayat tersebut. Walaupun 5 hari dalam peti sejuk darah masih memancut keluar pada ketiga-tiga mayat. Bayi yang berusia 5 bulan masih mengalirkan darah hangat seperti baru mati. Peluh terpercik pada dahi mereka. Mereka dikebumikan di kubur Bukit Kiara.

Kalau saudara semua tak mengalirkan air mata melihat kubur mereka bertiga terutama bayi yang berusia 5 bulan itu, mesti ada yang tak kena dengan hati kita. Hebat mana kita sehingga tak boleh mempertahankan saudara kita sendiri. Sedangkan Ibrahim telah melaporkan pada pihak polis dan Majlis agama yang dia diancam untuk dibunuh supaya kembali ke agama asalnya.

Dalam satu hadis yang berbentuk futuristik (masa depan), Rasulullah SAW berpesan "Bersegeralah kamu melakukan amalan soleh kerana akan datang kepad a umatku di suatu masa, satu fitnah yang begitu besar yang datangnya seperti satu kepingan hitam di malam gelap gelita tak nampak". Sahabat bertanya "Apakah fitnah besar itu ya Rasullullah?" "Fitnah itu adalah kamu akan lihat umatku di hari itu, di waktu itu,pada masa itu, pagi hari Islam, petang kafir. Petang Islam, pagi kafir balik." Sahabat bertanya lagi. "Mengapa begitu ya Rasullullah?" Rasullullah SAW menjawab, ?Sebab dia jual agamanya dengan nilai dunia".

Imam Ghazali pernah berkata dalam perkara ini, "Akan datang fitnah murtad ini dalam keadaan seperti semut hitam di atas batu hitam di malam gelap." Mana nampak? Kecuali kalau jiwa kita tengok satu perkara dengan cahaya keimanan.

Bagaimana gerakan murtad ini berjalan di Malaysia sehingga kita tak nampak langsung. Gerakan Hindu kita tok sah sebutlah.. Belum habis cakap, dah ada yang tunggu dengan parang kat luar. Gerakan Yahudi lagilah teruknya. Henry Ford (orang kaya yang buat kereta Ford tu) pernah menulis berkaitan Yahudi tahun 40an atau 30an dulu dalam bukunya "International Jew" (tak Silap saya).

Unsur Yahudi begitu tebal dalam masyarakat kita tapi kita tak nampak. Paling nyata, rokok yang orang kita hisap tu. Setiap satu batang itu ada saham kepada puak Yahudi. Tak de kilang rokok yang bukan Yahudi punya. Sapa yang hendak berenti merokok, ambil ni sebagai iktibar. Yahudi punya kerja, baru letak bola sebijik, 70 ribu Melayu tak sembahyang kat stadium Shah Alam. Belum kira yang kat rumah lagi.

Bab Kristian, lebih terancang, lebih terperinci lagi. Semenjak kalah dalam perang salib terakhir, iaitu dalam pemerintahan King entah apa nama ke 6 yang terakhir. Sebelum dia mati, dia telah berwasiat dan wasiatnya ada ditulis dengan emas di London .. Dia berkata: "Kepada semua pemimpim-pemimpin Kristian, kita hari ini telah melakukan kesilapan besar, kita berperang dengan tentera Islam dengan pedang, bukan berperang dengan akidah yang ada pada mereka. Sebab tu Islam menang walaupun 30 ribu tentera mereka dengan 300 ribu tentera kita, mereka tetap menang sebab mereka (orang Islam) berperang kerana nak mati. Kita perang untuk hidup. Oleh itu, hendaklah kita tukar strategi. Melancarkan peperangan ideologi, fahaman dan budaya keatas orang Islam."

Wasiatnya berjaya dilaksanakan setelah King tu mati, 1492 . kerajaan Islam Andalusia yang paling agung pada masa itu tumbang di tangan Kristian. 1511 kerajaan Islam Melaka tumbang, tak lama lepas tu, tumbang kerajaan Islam Pattani . Tak lama selepas tu, tumbang kerajaan Islam Kedah . Tak lama lepas tu, tumbang kerajaan Islam Mindanao . Lepas tu kerajaan Islam Acheh ... semuanya satu demi satu.


Macamana benda ni boleh terjadi?
Sebab gerakan Kristian berdasarkan kepada 3G. GOSPEL,GOAL, GLORY . Pertama kitab dia, kedua kekayaan kita, ketiga menang terhadap Islam. Kalau kita tengok sejarah, Alfonso De Albuqueque bukan datang ke Tanah Melayu bawa tukang masak sebab nak rempah kari kita. Dia bukan makan kari, di a datang bawa mubaligh Kristian Francis Xavier (kalau saya tak silap eja), sebab nak sebarkan ajaran Kristian.


Bagaimana cara dia sebarkan Kristian nih?
Orang kita panggil, gerakan halus.Dia panggil semua mubaligh Kristian yang nak datang ke Asia ni. Dia guna kaedah "garam dan ragi". Garam sebagai perasa, ragi untuk penapaian. Contohnya ubi kayu. Waktu siang asalnya ubi kayu kita letak ragi, esoknya masih lagi bentuk ubi kayu tapi sebenarnya tapai. Maksudnya, dia kekalkan orang Melayu dengan identiti Islam. Hakikatnya kehidupan kita bukan cara Islam lagi . Cara inilah yang Rasulullah SAW kata macam kepingan hitam di malam gelita. Inilah yang Imam Ghazali kata macam semut hitam atas batu hitam di malam gelita tu..


Pertama, melalui sistem pendidikan. Di Malaysia, macam-macam sekolah dengan nama mubaligh Kristian. Convent itu, Saint ini. Menurut satu petikan seorang mubaligh Kristian pada masa itu yang ditulis semula oleh George Peters dalam sebuah buku tahun 40an. Kepada mubaligh-mubaligh Kristian yang nak datang ke negara kita, berkaitan pendekatan garam dan ragi". Pendekatan seperti ini tidak memerlukan seorang Muslim Melayu berkenaan meninggalkan system kemasyarakatan yang dituntut oleh agamanya.. Sebaliknya orang tersebut hendaklah digalakkan terus tinggal dalam masyarakatnya. Justeru itu, ragi tetap ujud dalam keutuhannya. Dia akan menjadi bagaikan sebuah lampu (Kristian) yang diletakkan dalam gelap. Penyebaran agama Kristian nanti akan terserlah dalam sifat kerohanian, bukannya organisasi. Di rasa kesegarannya, bukan bersikap kalam. D ina mik dan etikal, bukan bersifat formalistik.

Pendekatan begini telah memperlihatkan kebaikannya. Lantaran ia tidak menganjurkan ahli Melayu tadi menjadi ahli baru Kristian yang formal, menyendiri terpisah dari masyarakatnya. Sebaliknya ia memberi laluan agar dapat dimasukkan semangat dan ajaran Jesus bagaikan sebutir ragi yang bertindak dengan proses penapaiannya ke atas seluruh masyarakat Melayu seluruhnya.

Ajaran Kristian akan bertindak melahirkan revolusi , justeru itu nanti, dapatlah dikatakan bahawa kita nanti akan memperolehi satu Kristian muslim Melayu tempatan yang mencerminkan Kristian muslim Melayu sejati... "Sebenarnya dia ingin. Akan datang suatu masa nanti, orang Melayu sendiri tanpa dipaksa-paksa akan buat revolusi untuk menjadi Kristian. Cara kebajikan pulak... Hari ni sapa tak kenal kelab rotary yang cuci buah pinggang, kelab lion, bulan sabit merah, Saint John's Ambulans, sapa tak kenal palang merah. Mereka masuk dengan cara menghidupkan sekularisme. Sekularisma adalah satu cara mengasingkan agama daripada kehidupan. Itulah kita hari ni mengasingkan Islam daripada kehidupan dunia. Cara lain adalah dengan menghidupkan maksiat. Kita kena ambil tindakan samada dengan tangan, dengan mulut, atau paling lemah sekali, dengan hati .

Bangun malam buat sembahyang hajat agar kita semua diselamatkan dari fitnah besar ini.. Paling kurang pun, fowardkan email ni kepada saudara kita yang lain yang tak tahu menahu tu.. Kita kena peka. Ini semua tanggung jawab kita semua.


Akhir sekali, email ini tiada kena mengena dengan ceramah nak berkempen politik atau apa saja. Sekadar meniupkan semangat perjuangan dalam diri kita yang mengaku Islam ini . Ni lah masanya kita bangkit pertahankan agama Islam sebelum terlambat.

Thursday, September 11, 2008

entah la......

Kadang kala, melihatkan keadaan isu politik semasa sekarang ini, kita akan lihat macam mana api @ semangat perkauman dibangkitkan. Isu seperti agama, hak keistimewaan bumiputera dan lain-lain terus saja menjadi perbualan utama. Macam mana la benda macam ini boleh berlaku secara bertubi-tubi semenjak dua ini?

Perkara mcam ini selalunya berlaku kerana ada pihak yang cuba menaguk di air keruh, dimana isu seperti ini dapat memberi kelebihan yang ingin diperolehi oleh mereka. Gelaran @ panggilan seperti pembela bangsa dan pejuang agama serta penegak keadilan @ pejuang kebebasan itu kadang-kadang dapat membantu mereka mencapai cita-cita mereka ini.

Tapi sewajarnya kita rakyat malaysia dan orang melayu muslim terutamanya bersikap matang dan harus mampu mengawal emosi tatkala membicarakan isu seperti ini. Dalam isu agama, seharusnya perkara ini tidak dibicarakan atau pun disentuh kerana perkara melibatkan agama seperti ini telah termaktub didalam perlembagan persekutuan yang mana ianya dibawah kuasa Sultan-sultan melayu (kuasa kerajaan negeri) sebagai ketua agama islam (sebagai pentadbir).

Jadi sebagai rakyat Malaysia yang sepatutnya berpegang pada prinsip keluhuran perlembagaan dan kedaulatan undang-undang, adalah patut bagi yang bukan muslim TIDAK membicarakan langsung atas kerana mereka ini bukan pihak yang kena mengena. Jika isu seperti menukar agama sekarang ini menjadi isu, maka haruslah disedari bahawa TIADA sesiapa pun di Malaysia ini DIPAKSA memeluk Islam melainkan mereka yang telah lahir sejak azali sebagi muslim. Jadi haruslah mereka ini sedar tentang kesan yang berlaku apabila mereka ingin memeluk islam dan sememang nya terdapat badan kebjikan dan kerajaan yang akan membimbing mereka yang ingin memeluk serta memahami islam. Disinilah sepatut nya peranan kerajaan dalam menerangkan tentang isu seperti Artikel 121 (A) agar tidak berlaku lagi perkara-perkara berbangkit. Haruslah di ingat Islam itu bukan lah agama yang boleh dipermainkan dimana seseorang itu boleh memilih pegangan Islam jika ia mahu hari ini dan esok ditinggal jika merasa tidak suka lagi. Hormatilah agama mereka yang lain jika anda ingin agama anda sendiri dihormati.

Dan sememangnya dari awal lagi kerajaan sudah sepatutnya meminda @ mewujudkan 1 rang undang-undang mengenai MURTAD agar kesucian Islam itu dapat dipelihara.Segala diskusi yang sedang berjalan sekarang ini mengenai artikel 121 (A) sepatut nya berlangsung secara tutup melibatkan kumpulan tertentu agar ianya tidak menjurus kepada perasaan tidak puas hati bagi mana-mana pihak. Kerajaan juga harus tegas dalam memastikan Perlembagaan Malaysia ini dihormati dan dipatuhi.

Hal seperti keistimewaan bumiputera, haruslah disedari bahawa perkara ini sebenarnya telah diperstujui oleh semua pihak atau rakyat Malaysia @ Tanah Melayu pada masa ia dirangka. Keadilan bermaksud meletakkan sesuatu itu pada tempat yang sepatutnya, maka atas nama keadilan jugalah mengapa hak bumiputera itu diwujudkan dan diberi pada kaum peribumi, kerana dengan memberi hak warga negara pada mereka yang bukannya asal peribumi di Tanah Melayu pada masa itu( Jus soli ) maka kerajaan dan rakyat pada masa itu bersetuju untuk memastikan adil pada kaum peribumi, maka wujudlah hak keistimewaan bumiputera itu.

Jadi bagaimana mungkin ada pihak ingin mengatakan mereka berjuang demi keadilan jika adil itu tidak lagi dilakukan seperti mana maksud sebenarnya? Fikirkanlah dengan fikiran yang tenang dan rasional.

Monday, September 8, 2008

Dah Puasa Dah.

Bulan Ramadhan ni memang bulan favourite aku. Bulan ni selalulanya buat aku flashback kisah kecik2 dulu. Macam mn aku cari duit dengan tolong orang niaga, mak & bapak aku niaga. Bulan ni jugak lah aku dapat kebebasan untuk balik rumah lambat waktu kecik2 dulu dengan alasan aku tolong basuh pinggan mangkuk kat surau pas moreh ( mmg betul pun). Hehehehehe, waktu ni lah dapat can nak main mercun ke , dan yang extreme skit main nyorok2. Hehehehe, memang x jumpe nye kalo dah main malam2.

Bila dah besar ni lak, bulan ni lah masanya nak kene blajar tambah skit ibadat, wat ala tarawih, kedian dapat jugak lah sempurna kewajipan 5 waktu, kut x ade je waktu yg terlepas ( ada masa nya lalai gak aku ni).

Tapi yang x best semenjak keje ni aku dah mula kene terima adat ada masa nye aku akan raye kat rumah, ada masenye aku raya kat kapal ni. Huhuhu sedih tul 1st time aku raya kat kapal ni. Maklumlah x penah raya jauh dari family kan. Tahun lepas dapat raya ngan family, tapi tahun ni kene la aku raya kat kapal balik. Hmm sedih lak nk sambut raya tahun ni. Huhuhuhu.

Tapi pe2 pun aku ucapkan selamat hari raya pada korang semua kat luar 2 yang sudi baca blog aku ni. Mintak ampun dan maaf kalau ada tersalah kata @ bahasa. Selamat hari raya, maaf zahir dan batin.