Monday, April 6, 2009

PM Malaysia Ke-6........

Tahniah buat PM baru Malaysia yg baru Dato Sri Najib (DSN), atas perlantikan beliau sebagai PM yang baru. Diharap beliau dapat mentadbir Malaysia dengan adil dan agar negara ini makmur dan maju serta aman dalam menempuh dugaan kegawatan ekonomi.
Yang kita harapkan beliau dapat memastikan pentadbiran beliau ini tidak lagi kontroversi seperti peribadi beliau dengan isu Altantuya dan komisyen kapal selam serta khalwat ziana zain.

Tetapi, kita harap pentadbiran beliau boleh menjanjikan perkembagan ekonomi yang lebih efektif berbanding Pak Lah, serta kita harap sikap tegas allahyarham bapa beliau diwarisi nya agar dapat memastikan isu-isu yang menyentuh sensitiviti orang melayu tidak lagi dijadikan permainan pihak yang berkepentingan.

Akhir doa, Ya Allah, Engkau lindungi lah Malaysia ini daripada musibah dan kezaliman. EngKau berilah pada kami pemimpin yang adil dan amanah agar dapat kami hidup sejahtera dan tenteram untuk mengerjakan suruhan mu Ya Allah. Amin...

No comments: